Azmin Puji Atau Kritik Khalid?

Azmin Puji Atau Kritik Khalid

Tajuk akhbar mengelirukan.

Tak pasti sama ada betul-betul Menteri Besar Selangor yang baru, YB Mohammed Azmin Ali mengkritik atau memuji kepemimpinan Menteri Besar terdahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beginilah jadinya bila surat khabar dipolitikkan.

Satu cakap lain, satu lagi putar cerita lebih 180 darjah.

Tidak dapat dipastikan yang mana satu benar dan yang mana satu yang diputar belitkan.

Apa pun tahniah diucapkan kepada YB Mohammed Azmin Ali atas pelantikkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

************

Memang kedua-dua tajuknya berbeza, begitu juga dengan kandungan didalamnya.

Jangan mudah melatah atau mencaci membabi buta. Baca kedua-dua akhbar ini untuk penjelasan yang lebih terang tentang apa yang ditekankan oleh tajuk hadapan kedua-dua akhbar ini.

Utusan Malaysia – Azmin Kritik Khalid sebab pecat anwar selaku penasihat

Sinar Harian – Azmin Puji Khalid sebab cara kerja & dasar pentadbiran

Tajuk lain untuk perkara yang lain… Totally different…

Tak pasal-pasal kedua-dua surat khabar ini mendapar publisiti atau tajuk yang “win” ini.

You may also like...

Add a Facebook Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>